Pengambilan Terhad Sesi 2026

Kuasai Pasaran Saham & Derivatif Global

Belajar secara bersemuka "One-to-One" / Kumpulan Kecil bagaimana menjana keuntungan dalam pasaran Bursa Malaysia, FCPO, Emas dan Minyak Mentah (WTI).

Data Pasaran Sebenar (LIVE)

Pantau Carta WTI, Emas & Bitcoin

Dalam Masterclass ini, anda akan diajar secara praktikal cara membaca dan menganalisis pergerakan carta sebenar menggunakan teknikal analisis yang tajam.

Minyak Mentah (WTI)

LIVE

Emas (Gold)

LIVE

Bitcoin (BTC)

LIVE

Mengapa Pengurusan Risiko & Emosi Penting?

"Ramai trader yang gagal dalam pasaran kerana membiarkan emosi mengawal keputusan. Bukan tidak pandai baca carta atau tiada pengetahuan trading, tetapi ada beberapa sebab utama. Kehadiran mentor adalah untuk memastikan anda tidak tersasar, tewas, lemas di lautan pasaran yang dalam."

  • Kawal Kerugian (Stop Loss)

    Lindungi modal anda sebelum memikirkan keuntungan. Modal adalah nyawa trader.

  • Keputusan Objektif

    Berdagang berdasarkan data carta dan teknikal analisis, bukan emosi harapan atau ketakutan.

  • Navigasi Pasaran Berisiko

    Kuasai pasaran berkelajuan tinggi seperti Derivatif (FCPO, WTI) dengan tenang dan berdisiplin.

Kenali Identiti Dagangan Anda

1. Pelabur (Investor)

Pertumbuhan kekayaan jangka masa panjang menggunakan analisis fundamental. Pegangan boleh mencecah berbulan-bulan hingga berdekad.

Fokus Utama

2. Swing Trader

Menangkap pergerakan harga (wave) dalam carta untuk tempoh sederhana. Pegangan dalam beberapa hari hingga minggu bersandarkan teknikal analisis.

3. Scalper / Intraday

Keluar masuk pasaran dengan pantas. Keuntungan kecil berulang kali dalam tempoh beberapa minit atau jam. Tiada posisi dibawa ke hari esok.

Kenali Mentor Anda

Zamsaham
(Norizam Tukiman)

Mula berkecimpung dengan dunia saham dari umur 18 tahun lagi. Ketika itu akaun CDS dibuka di Menara Ansar di mana Johor Securities adalah brokernya. Lebih 25 tahun pengalaman jatuh bangun dengan pasaran saham.

Pelesenan Sah & Bertauliah

Pernah memiliki Lesen Berganda (Dual License) sebagai Futures Broker Representatives dan Saham yang dikeluarkan lesennya oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Latar Belakang Akademik

Berkelulusan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam bidang Pelaburan dan University of Oxford, UK dalam bidang Financial Strategy.

Tokoh Korporat & Sukan

Berpengalaman jatuh bangun mengendalikan perniagaan hotel dan makanan dengan kekuatan hampir 1,000 pekerja. Pernah menjadi Pemilik kepada 2 kelab bola sepak: TRW Kelantan FC & PSPS Riau FC di Liga Indonesia.

"Kini beliau kembali mengajar kerana ada permintaan untuk mengajar dunia Saham dan Trading di pasaran antarabangsa."

Modul Masterclass

4 Kategori Instrumen Pasaran

Pelajari asas, teori, dan praktikal untuk menakluki 4 pasaran kewangan utama secara sah dan berstruktur.

TRADER SAHAM FTT

Untuk menjadi seorang pelabur atau trader saham di Malaysia, anda perlu membuka akaun pelaburan rasmi, menyediakan modal, dan mempelajari asas analisis pasaran. Proses ini dikawal selia sepenuhnya oleh Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

  • Buka Akaun Pelaburan (CDS & Trading Account): Anda memerlukan broker saham berlesen. CDS diuruskan oleh Bursa (Kos RM10). Pilihan broker: Rakuten, M+, Kenanga, CGS, RHB. Pendaftaran boleh dibuat secara online.
  • Fahami Dua Jenis Akaun: Akaun Tunai (Cash Account) risiko lebih rendah berbanding Akaun Kontra/Margin yang mempunyai kemudahan kredit (risiko tinggi).
  • Tentukan Strategi Pelaburan: Sama ada sebagai Trader (Teknikal Analisis) atau Investor (Fundamental Analisis).
  • Gunakan Duit Lebihan: Gunakan "risk capital", bukan duit belanja bulanan.

* Akan dihuraikan lebih mendalam semasa kelas Trade Saham FTT.

TRADER GOLD FTT

Bursa Malaysia Derivatives (BMD) Emas. Instrumen kewangan membolehkan peserta membuat spekulasi atau melindungi nilai pergerakan harga emas antarabangsa (Gold Futures / FGLD) tanpa perlu menyimpan emas fizikal.

  • Spesifikasi Kontrak FGLD: Setiap kontrak bernilai 100g emas. Berpandukan London Gold Fix Price (USD) tetapi diselesaikan tunai dalam Ringgit (MYR). Tiada penghantaran fizikal.
  • Mekanisme Dagangan Berleveraj: Modal Rendah (bayar margin awal sahaja). Pasaran Dua Hala (boleh menjana untung sama ada pasaran naik/Long atau turun/Short).
  • Strategi & Risiko: Fokus pada Hedging (Lindung Nilai) dan Spekulasi. Pengurusan margin amat penting untuk mengelakkan "margin call".

TRADER FTT FCPO

Futures Crude Palm Oil. Instrumen pelaburan derivatif yang membolehkan pelabur berspekulasi mengenai harga minyak sawit mentah dan diniagakan secara rasmi di Bursa Malaysia Derivatives.

  • Patuh Syariah: Majlis Penasihat Syariah (SC) telah mengkategorikan FCPO sebagai produk harus.
  • Pasaran Dua Hala (Two-Way Market): Pedagang boleh membuat keuntungan sama ada harga pasaran sedang menaik (Long) atau menurun (Short).
  • Pergerakan Harga (Tick Size): Setiap satu tick (pergerakan nilai mata) perubahan harga bernilai RM25 bagi setiap kontrak.
  • Risiko & Ganjaran Tinggi: Pasaran ini sangat mudah berubah (volatile), menawarkan potensi keuntungan yang pantas tetapi risiko tinggi.

TRADER MINYAK DUNIA FTT

Nak jadi Full time trader minyak mentah dunia? Anda boleh berdagang WTI Crude Oil melalui RHB dengan akses terus kepada pasaran derivatif global termasuk CME.

  • Akaun & Platform: Perlu buka Akaun Niaga Hadapan. Didagangkan menggunakan platform RHB Futures QST (atau CQG), bukan aplikasi saham biasa.
  • Spesifikasi Kontrak WTI: Di QST biasanya menggunakan kod ECL (untuk WTI bersaiz penuh) atau QM (untuk E-mini) di CME Group (NYMEX).
  • Cara Membuat Pesanan: Log masuk QST (berserta 2FA). Cari kod. Klik pada harga Last/Bid/Ask. Klik KIRI untuk BELI (BUY) dan KANAN untuk JUAL (SELL).

* Huraian lanjut akan dihuraikan semasa kelas Trader FTT.

Langkah Pertama
Ke Arah Full-Time Trader Berjaya

Pilih pakej yang bersesuaian dengan keperluan anda. Sama ada secara individu atau datang bersama rakan untuk penjimatan yang lebih besar.

Amaran Terhad

Untuk menjaga kualiti penyampaian dan fokus mentoring, kelas ini mengehadkan kepada maksima 5 orang sahaja untuk setiap sesi!

100% Money Back Guarantee

Dalam tempoh 7 hari anda akan untung selepas belajar, atau wang yuran anda dikembalikan 100% tanpa soal!

  • Kelas secara bersemuka (Face-to-Face).
  • Penginapan (3 Hari 2 Malam) disediakan.
  • Makan & minum ditanggung sepenuhnya.
PROMOSI BERBALOI
Nilai Sebenar: RM2,999
Bermula RM 1,500
Setiap Sesi!

Yuran Termasuk Kos Makan, Minum & Penginapan Sepanjang Kelas.

Latar Belakang Anda